
|
Tips berguna daripada pengasas Fellina Beauty
Thursday, October 22, 2015 @ 5:55 PM | 0 Comment [s]
Salam . Kakfel minta maaf andai rasa seperti tak sokong jika nak setup bisnes sendiri dengan berhutang atau duit dalam akaun hanya cukup2 utk buat produk atau setup kedai.
.
Ramai pm tanya soalan yg sama utk buat bisnes tapi hutang.
.
Tapi kakfel dgn pengalaman kakfel dlm bisnes walau ni tak lah selama atau sehebat org lain.
.
Cuma dalam tempoh 8tahun kakfel dalam bisnes bermula dari sebelum kahwin, jual uptown ,jual ekspo,buka butik, buka event company, jual online dari bonet kereta sampai lah tahap kami sekarang,Kakfel dah lalui konsep perniagaan berbagai, buat loan tanpa ilmu, pusing modal beserta untung, kedai kena sita,produk tak laku, hilang punca dan pernah sampai di tahap stress yg meninggi kerana Bisnes lingkup.
.
Buat loan tanpa ilmu perniagaan itu adalah satu tindakan yg berisiko, Allah suka kita berniaga tapi Allah pon tak mau kita ambik sesuatu yg mmg sah2 berisiko. Business cara Allah selain yakin akan Allah, kena ada ilmu yg baik supaya tak tenggelam dgn kerugian dan membawa kepada masalah yg lebih teruk.
.
Berhutang, buat loan utk buka satu2 perniagaan bukanlah jalan yg baik, tak perlu ada produk sendiri, tak perlu ada kedai sendiri, cuba jual produk org lain dulu, cuba rasa sakit n pahit bisnes dulu. Kalau jual produk org boleh laku tanya diri, aku jual laku sbb produk tu mmg famos atau aku yg buat org nak beli walau produk tak fames.
. Buat bisnes ni, jangan nampak yg indah shj, kena kaji yg tak indah, so kita akan bersedia utk semua kemungkinan, kakfel sokong siapa nak berniaga, cuma tak sokong kalau mula berniaga terus nak start besar, walau pengalaman baru setahun jagung. .
Sebab kdg2 kita nampak semua org hebat ada kedai ada produk maka kita rasa kita nak jadi macam mereka. Tapi kita silap, sebab kita tak tau mereka pon bermula tanpa apa2. Bukan mereka mula terus ada produk sndiri dan ada kedai.
.
Belajar banyak pasal bisnes, fahami risiko, jauhi hutang utk permulaan, kalau betul2 yakin nak berniaga kerana Allah, maka cuba jual apa2 yg sedia ada dulu, kalau Allah kata rezeki , jual nasi putih kosong pon boleh menjadi laku.
.
Wallahualam. Kakfel nasihat sbb banyak org dtg kat kakfel, bila dh penuh hutang, bisnes lingkup. Kena nampak satu sudut, bukan semua berjaya utk buat brand sendri . RAMAI YG GAGAL. Kita nak berjaya bukan hanya perlu belajar dari mereka yg dah berjaya. PERLU BUAT KAJIAN MEREKA YG GAGAL JUGA. Belajar lah dar situ.
#tipsfelinnanadea |
Catatan Seorang Muslimah
Navigations! FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM نور شهيرا
|