Hanya wanita biasa ciptaan Allah Yang Esa
8 Amalan Bersedekah Dari Pengasas Felinna Beauty

Thursday, October 22, 2015 @ 7:29 PM | 0 Comment [s]

Bagaimana kami suami isteri mengandakan wang kami dari RM100 kepada RM20 juta dalam masa kurang satu tahun?

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan sentiasa diingatkan bahawa rezeki setinggi mana pun bukanlah hak kita. Kita hanya menumpang rezeki Allah. Maka gunakanlah sebaik-baiknya dan kongsikanlah walau secebis ilmu yang kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar orang faham bahawa tidak susah untuk senang dan begitu senang untuk susah. (Semoga saya juga terhindar dari riak).

Jika status ini membawa kepada kebaikan, saya izinkan anda share sebaik-baiknya.

Kenapa ramai orang kata, bersedekah itu membawa beribu ganjaran? 

Saya sendiri dulu bersedekah tetapi tidak memahami konsepnya. Sedekah selain melalui keikhlasan juga perlu ada keyakinan yang kuat bahawa wang kita sedang dilaburkan kepada bennda yang lebih baik.

Ramai orang rasa kena menjadi kaya dahulu barulah boleh bersedekah atau ayat cliche, 'aku pun cukup-cukup makan, macam mana nak sedekah?'.

Itu kesilapan! Pelajar yang pernah belajar dengan kami selalu diberitahu bahawa, kita nak minta apa-apa dari Allah, kita beri dulu. Tak ada banyak, beri sedikit.

Contoh yang kami pernah buat ialah:

1. Sebelum memulakan sesuatu perancangan, kita mesti risau dengan risiko. Jadi, walaupun kami tidak tahu jalan yang kami pilih itu berjaya atau sebaliknya, kami mulakan dengan kenduri dulu. Apa-apa jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar pisang goreng disedekahkan kepada jiran.

2. Kadang-kadang saya memang akan selamba saja mengambil semua duit sales butik dan sedekahkan secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yang duit itu saya laburkan untuk saham yang lebih besar. Biarlah sales hari itu mencapai puluhan ribu, ambil saja semua, tak nak fikir untung rugi dan terus sedekah.

3. Pergi ke kedai dan jangan ambil baki. Kadang-kadang baki itu mungkin hanya 20 sen tetapi mungkin kerana ikhlas bersedekah, baki berganda menjadi RM20,000. 

4. Nampak peminta sedekah selalu terdetik 'Yang ini sindiket,'. Saya selalunya akan usaha dan kaji, tetapi kalau peminta sedekah itu menjual sesuatu, saya akan beli banyak-banyak dan balik, terfikirlah nak bagi siapa pula barang-barang itu.

5. Saya selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan. Contohnya ada orang datang cuci laman rumah. Selalu orang bayar cuma RM30.00, tetapi saya mungkin akan bagi lebih sebagai tanda sedekah.

6. Bantulah orang tanpa meminta apa-apa bayaran. Contoh yang saya selalu buat, orang memintasaya buat review Instagram dan Facebook mereka dan tanya harga, saya kata 'tak mahu'. Sama ada nak swap review atau saya muat naik percuma sahaja. Itu juga sedekah.

7. Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan jual apa-apa dan rasa macam nak beli tetapi tak tahu nak guna buat apa barang itu. Maka sedekah dengan cara share status mereka di wall Facebook kita. Manalah tahu kalau ada kawan-kawan kita nak beli barang mereka atau biarkan saja kawan-kawan nak tag bisnes walaupun bisnes yang sama. Anggap saja kita sedekah.

8. Sedekah doa untuk mereka yang menyakiti kita. Saya pun nampak saja kental, kadang-kadang makan hati juga dengan beberapa orang yang selalu mempertikaikan keikhlasan saya, penghijrahan saya dan apa-apa dakwah kecil yang saya lakukan. Nak melawan cakap dan beri penjelasan panjang lebar, dah tak larat. Jadi saya doa banyak-banyak.

Saya tak tahu nak membuktikan macam mana yang konsep ini semua boleh mempengaruhi perjalanan hidup saya. Yang pasti, Allah permudahkan dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda. Semua yang saya plan menjadi dan paling utama, kurang masalah peribadi.

Dari buat produk kecantikan Felinna Beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil Felinna dan Raffel sehingga ke bidang makanan kanak-kanak Caliph Sunnah Supplement, siapa-siapa yang mengikuti laman sosial saya mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan. 

Saya percaya bukan sebab saya hebat, tetapi Allah tahu saya dan suami yakin dengan Dia. Maka Dia bagi kami tanggungjawab besar atas kejayaan hari ini.

Sedekah itu luas skop dia. Jadi kreatif dan yang penting, pagi ini saya mulakan dengan sedekah ilmu. Jadi anda semua pun, jom kongsikan ilmu bersama agar semua usahawan ingat, nak kaya dan berjaya bukan dengan marketing strategi semata-mata, projek pikat hati Allah juga kena hadam dan buat!.

Tetapi, ingat yang utama iaitu niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia tak boleh baca hati kita, tetapi Allah tahu.

Di masa akan datang saya akan jelaskan juga bahawa bersedekah juga perlu kena pada tempatnya. Silap bagi, jatuh haram dan kita pula yang menanggung dosa. Ada yang wajib dan ada yang tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau memberi comment. Fahami konsep sebenar sedekah sebab dalam Islam sendiri tidak galakkan penipuan atau syubhah untuk perkara yang kita tahu tak elok. - Felinna Nadea Ed Fattah




Older Post | Newer Post
Catatan Seorang Muslimah


Navigations!

FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM

نور شهيرا