
|
Ceramah Syeikh Solah - Al Quran
Tuesday, September 29, 2015 @ 8:36 PM | 0 Comment [s]
1. Barang siapa yang meneroka Al Quran, itu bermakna di sedang meneroka syurga.. 2. Diantara kelebihan Al Quran adalah dapat menerangkan hati dan menjadi penawar bagi hati. . 3. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang tidak menjadikan Al Quran sebagai ikhtiar penyembuh penyakit, maka tidak ada penyembuh yang lain." . 4. Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang raja arab yang mempunyai anak perempuan yang dirasuk lalu diubat oleh Abdullah Ibnu Mas'ud dengan surah Al Fatihah. . 5. Surah Al Fatihah ada 143 huruf. 1 huruf bersamaan dengan 10 pahala. 143 huruf di kali dengan 10 pahala bermakna sudah dicatatkan kepada kita 1430 pahala. 1430 pahala untuk 1 rakaat. Jika dikali dengan 17 rakaat bermakna sudah dicatatkan kepada kita 24310 pahala. . 6. Surah Al Fatihah diturunkan di dua tempat iaitu di Makkah dan Madinah. . 7. Sebesar besar surah itu adalah surah Al Fatihah dan sebesar besar ayat itu adalah ayat kursi dan surah Yassin itu adalah hati bagi Al Quran. . 8. Barang siapa baca surah Al Kafirun dan surah An Nasr, seolah olah telah membaca suku Al Quran. . 9. Diantara kelebihan menghafaz Al Quran adalah ibu bapa mereka akan dikurniakan mahkota dan akan mendapat syafaat di akhirat kelak. . 10. Bilangan ayat-ayat Al Quran itu adalah ibarat tangga-tangga untuk menuju ke syurga. . 11. Sayyidatina Fatimah pernah meruqyahkan cucu Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Hussain dengan surah Al Fatihah dan 3 Qul. . 12. Melihat Al Quran itu rahmat, melihat kaabah itu rahmat dan melihat wajah ibu ayah itu rahmat. |
Catatan Seorang Muslimah
Navigations! FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM نور شهيرا
|