Hanya wanita biasa ciptaan Allah Yang Esa
pengalaman seram

Thursday, December 6, 2012 @ 10:59 PM | 0 Comment [s]

Kisah ni jadi mase Eira kecik2. Waktu tue kalau tak silap la, Eira baru berusia 7 tahun tapi peristiwa tue memang tak boleh Eira lupa sampai sekarang. Peristiwa ni terjadi mase Eira duduk dekat Kuala Terengganu. Eira ngan family stay dekat sane almost 12 years jugak la. dari Eira sekolah rendah sampai la habis SPM. Kami tinggal dekat satu perumahan di Taman Aquarius, Chendering. Memang betul2 tepi pantai. Waktu musim tengkujuh, boleh nampak ombak tinggi sangat2. Okay, daripada Eira dok melalut, Eira jump ke point terus. Cerita dia macamni. Ayah Eira selalu outstation dan jarang ade di rumah. Biasa rumah banglo setingkat tue cuma tinggal Eira, adek Eira 2 orang dan jugak mama.

Haritu macam biasa, sebelum tidur, mama akan kunci pagar,pintu dan tutup semua tingkap. Nak dijadikan cerita, tengah malam tue Eira terjaga daripada tidur. Sebabnye Eira terdengar ade suara sayup2 panggil Eira. cari punya cari, baru Eira perasan yang suara tue datangnye dari luar rumah. Eira panjat katil dan bukak tingkap bilik. Apa yang Eira nampak? Eira nampak ayah Eira lengkap berpakaian formal ( office wear ) berwarna putih melambai2 kearah Eira. Dye mintak Eira bukak pintu untuk dye. Disebabkan apa yang Eira nampak mase tue adalah ayah Eira, so Eira dengan konpidennye kejutkan mama. Tapi mama tak bangun2 pun. Eira ambik keputusan drastik, Eira kuar dari bilik, panjat kerusi dan cuba untuk bukak pintu rumah. Selepas pintu berjaya dibuka, Eira berlari keluar untuk dapatkan ayah Eira tapi bile sampai dekat pagar rumah, ayah Eira terus hilang. Eira panggil dye dan cari dye tapi hampeh tak jumpe. Eira jadi konpius ( nasib baik time tue tak rase takut langsung ). esoknye bile ayah balik, Eira terus tanya dye kenapa dye hilang lepas Eira bukak pintu. Ayah Eira da pandang semacam. Dye cakap mane ade dye balik rumah malam tue. Time tue aku tak rase pape la sebab mungkin aku fikir ayah aku nak buat lawak antarabangsa ke. Tapi lame kelamaan bile aku da boley berfikir neyh, pengalaman tue bebetul menyeramkan. Bayangkan la kalu 'bende' tue bertukar jadi bende lain, mau menjerit aku. Tapi Alhamdulillah bende tue tak kacau aku da and hope takkan kena da macam tue.


Older Post | Newer Post
Catatan Seorang Muslimah


Navigations!

FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM

نور شهيرا