Hanya wanita biasa ciptaan Allah Yang Esa
Nabi Yusuf : manusia luarbiasa yang lebih ‘hensem’ dari Superman!

Wednesday, December 21, 2011 @ 3:35 PM | 0 Comment [s]


SURAH YUSUF : THE BEST STORY EVER

Kalaulah kisah Al-Quran di’academy awardkan’ sudah tentu pemenangnya adalah Surah Yusuf!….

Mengapa saya berpandangan begitu? Ini kerana dari awal lagi, Allah telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada segenap dimensi jalan & intipati ceritanya. Perkataan ‘Ahsanal Qosos : The best story ever’ (Yusuf, 3) – merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan ketinggian kualiti Surah Yusuf. Memang banyak perbezaan yang boleh kita jumpai apabila membandingkan Surah ini dengan 113 surah lain, antaranya :

1. Surah Yusuf merupakan satu-satunya surah yang mengandungi ayat dialog terbanyak iaitu 86 ayat dari 111 jumlah keseluruhan ayatnya. Maknanya, jika Surah ini ingin diangkat ke filem, dialog para pelakonnya sudah tersedia tanpa perlu mengupah penulis skrip untuk menuliskannya!

2. Kisah Nabi Yusuf adalah kisah yang paling lengkap berkenaan sejarah hidup seorang nabi dalam Quran, di mana ia bermula sejak Nabi Yusuf kecil hinggalah baginda dewasa. Dan lebih menariknya, semua ayat berkenaan kisah hidup baginda terkumpul dalam satu surah khas, iaitu surah Yusuf. Ini berbeza dengan ayat-ayat berkenaan kisah nabi-nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamai sempena nama masing-masing.

3. Jika dilihat filem ‘blockbuster’ yang ‘evergreen’ sepanjang zaman, semuanya berkongsi satu tema utama iaitu ‘kebaikan’ lawan ‘kejahatan’. Surah Yusuf juga berpusing pada tema serupa : baik lawan jahat & hero bersengketa dengan crook. Watak-watak yang melambangkan tema kebaikan adalah Nabi Yusuf, Nabi Yaakub, Bunyamin serta Raja Mesir, manakala watak-watak yang melambangkan tema kejahatan adalah isteri al-Aziz dan abang-abang Nabi Yusuf.

Itu adalah mukaddimahnya… Mari kita lanjukan mengapa Nabi Yusuf lebih layak bergelar ‘Superman’ dari Superman filem!

NABI YUSUF A.S : THE REAL SUPERMAN.

Bila disebut ‘Superman’, apakah criteria utama yang kita bayangkan? Sudah tentu pertama sekali : ‘handsome’. Keduanya berkeupayaan luarbiasa, dan ketiganya berpakaian ‘pelik’ dengan seluar dalam diluar!

Kecuali kriteria ketiga, kedua-dua sifat pertama terpancar dalam diri Nabi Yusuf. Bagi criteria pertama, saya berani bertaruh, jika kita merasakan hero superman filem sudah mencapai tahap ‘kacak tahap sempurna’, gandakan ketampanan tersebut 100 kali dan anda akan bertemu dengan Nabi Yusuf!

Ini bukan omongan kosong. Surah Yusuf sendiri mengesahkannya :

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat Yang mulia!” (Surah Yusuf, 31)

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana tampannya seorang jejaka jika wanita yang melihatnya begitu terpesona, terpukau hinggakan tanpa sedar menghiris tangan sendiri…MasyaAllah Tabarakallah!! Tetapi inilah kurnia Allah kepada Nabi Yusuf, rupa parasnya sangat sempurna bak malaikat hingga jauh meninggalkan kekacakan manusia biasa.

TETAPI, ADAKAH ITU SAHAJA KELEBIHAN NABI YUSUF?

Status ‘superman’ dianggap tidak sah tanpa berkeupayaan luarbiasa. Begitulah dengan Yusuf, nabi yang memiliki keupayaan ‘luarbiasa’. Cuma kali ini, saya tidaklah memaksudkannya dengan keupayaan terbang di angkasa, atau memikul pesawat terbang dengan sebelah tangan!

Keupayaan ‘luarbiasa’ yang Nabi Yusuf tonjolkan dianggap lebih hebat dari Superman kerana :

- Seperti Superman, Nabi Yusuf juga menghadapi pancaroba & ujian dasyat, cuma bezanya dugaan yang baginda hadapi bukanlah rekaan filem, tetapi ia benar-benar ‘real’. Cabaran nyata yang bukan mudah untuk dihadapi oleh manusia biasa seperti :

1. Komplot anak derhaka.

2. Cemburu adik-beradik.

3. Plot rancangan pembunuhan.

4. Cinta terlarang.

5. Fitnah dan di’kambinghitam’kan.

6. Pendustaan, tipu helah.

CABARAN PERTAMA : DENDAM, PENGKHIANATAN & KOMPLOT PEMBUNUHAN.

Betul lah kata ulama, manusia jarang mengambil iktibar dari peristiwa pembunuhan manusia pertama. Pembunuhan Habil oleh Qabil akibat cemburu & dendam telah menjadi sebab yang sama untuk adik-beradik Yusuf berpakat mengkhianati baginda.

Ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah Dalam keadaan tidak adil Yang nyata.” (Yusuf, 8 .)

Kemudian, pendekatan ala ‘Machiavelli’ mengambil tempat. ‘Matlamat menghalalkan cara’ : itulah justifikasi yang difikirkan oleh saudara Yusuf hingga tergamak berkomplot untuk membunuhnya (Yusuf, 9). Nasib baiklah, ada juga diantara mereka yang lebih berhati perut : mencadangkan agar Yusuf dibuang sahaja ke dalam sebuah “perigi buta” yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat (Yusuf, 10). Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.

Anda boleh mengikuti debaran dan ‘twist’ adegan plot pengkhianatan ini dalam ayat 8 – 22 Surah Yusuf.

=============


credit goes to : http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/nabi-yusuf-manusia-luarbiasa-yang-lebih-hensem-dari-superman/



Older Post | Newer Post
Catatan Seorang Muslimah


Navigations!

FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM

نور شهيرا