
|
Maha Suci Allah..
Wednesday, March 16, 2011 @ 12:16 AM | 0 Comment [s]
Assalammualaikum sahabat ![]() Sebentar tadi saya ada menonton satu rancangan di TV mengenai kisah artis perempuan ini yang sudah insaf [ beliau adalah seniwati yang amat popular dizaman beliau..kalau tak silap saya pada tahun 80 - 90 an ]..Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah kerana telah membuka pintu hati beliau untuk bertaubat sebelum terlambat.. Saya amat bersedih dan kecewa dengan sikap ummat manusia yang mengelarkan diri mereka Islam..Mereka semua tahu apa yang HALAL dan HARAM didalam Islam..Tapi kenapa mereka masih lagi melakukannya?Tak takutkah mereka dengan balasan Allah S.W.T?? Lihatlah apa yang telah berlaku keatas Jepun sebagai contoh..Sebelum ini Jepun sangat - sangat gah dimata dunia..Tapi sekarang,sebahagian dari Jepun telah musnah sama sekali..Itu menandakan bahawa manusia tidak boleh melawan kuasa Allah..Biar secanggih mana pun alatan yang manusia cipta,namun sebesar mana lah yang boleh kita tandingi dengan kekuasaan Allah.. Memang Allah sendiri telah bersabda,dunia dan akhirat haruslah selari..Tapi apa yang menyedihkan saya,ummat manusia pada akhir zaman ini mereka melebihkan dunia dari Akhirat (T.T) Kenapa semua ini boleh terjadi ya sahabat?Mungkinkah kerana kita sekarang sudah berada pada zaman kecanggihan?Adakah kerana harga barang semakin meningkat yang membuatkan kita semakin alpa dengan Allah??Sahabat,cuba letakkan sekejap pen,jari dari keyboard komputer dan lihatlah sekeliling kamu semua..Tanyalah pada diri kamu sahabat,adakah semua kenikmatan yang kamu rasai ini datang dengan sendirinya?Adakah rumah besar dan selesa yang kamu duduki itu akan kamu rasai dengan sendirinya?Adakah kereta yang kamu pandu itu muncul dengan sendirinya? Tidak,semua itu datangnya dari Allah S.W.T..Allah yang memutuskan samada kita berhak mendapat kenikmatan itu ataupun tidak..Biar saya terangkan dalam erti kata yang ringkas..Bayangkanlah kamu sudah berkerja tetapi kamu terlalu malas untuk mengadap bos kamu,selalu memungkiri janji kepada bos kamu,tidak membuat kerja yang diamanahkan kepada kamu..apakah yang akan berlaku?Adakah kamu pasti yang bos kamu itu tidak akan membuang kamu dari kerja kamu dan menggantikannya dengan seorang pekerja yang lebih berdedikasi?? Seperti itu jugalah halnya kita dengan Pencipta kita..Walaupun Dye melimpahkan kita dengan kekayaan,namun adakah kita berterima kasih kembali kepadaNya?Semua projek2 besar yang berjuta2 kita dapat,pangkat yang kita ada sekarang bukanlah datangnya dari manusia..Semuanya dari Allah..Jadi,kenapa kita harus menunduk hormat kepada manusia dan bukannya Allah??Kenapa kita sangat takutkan manusia sedangkan kekuasaan Allah lebih besar?? Sahabat,saya akui yang saya juga bukanlah ummat islam yang baik..Saya juga banyak melakukan kesilapan seperti mana ummat manusia yang lain..Tetapi,jikalau kita terus alpa dengan kecanggihan dunia,bilakah waktunya kita akan mengumpul bekalan akhirat??Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah kerana telah membuka hati saya untuk bertaubat sebelum tiba masanya mata saya tertutup rapat dan hanya terbaring kaku,menunggu datangnya dua makhluk Allah yang akan menyoal saya tentang amalan saya ketika saya masih lagi bernyawa..bagaimanalah keadaannya jika saya tidak sempat meletakkan kepala saya keatas sejadah??Bagaimanalah keadaan saya jika saya tidak sempat membasahi tubuh saya dengan air wuduk sepanjang hidup saya?Pasti ' rumah ' saya akan berada didalam kegelapan,ditemani ular2 yang berbisa dan siksaan yang bertubi2 akan diterima oleh saya..Nauzubillah (T.T) sahabat,ingatlah..walau setinggi gunung pun dosa kita,Allah akan sentiasa memaafkan hamba2Nya yang bertaubat..Pulanglah kepada jalan Allah sebelum terlambat.. salam ukhwah ![]() |
Catatan Seorang Muslimah
Navigations! FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM نور شهيرا
|