
|
Jom menjemput rezeki
Friday, October 23, 2015 @ 2:12 AM | 0 Comment [s]
Salam semua
(Jom jemput rezeki masuk ke akaun kita pagi ni )
Kakfel izinkan siapa nak kongsi tips ini dengan kawan, berkongsi ilmu juga tips menjemput rezeki.
Nak rezeki mudah.. Bangun awal pagi.. ucap Alhamdulillah... Ucap syukur utk rezeki kesemuanya. Terutama nafas yg diberi atau ada yg masih belum kita nampak.
. Yang paling utama,Bagun pagi mintak maaf kat Allah dulu, mana tahu ada silap yg kita tak nampak, mohon Allah ampunkan dosa kita dan permudah urusan kita.
Kemudian sedekah,kongsi ilmu dengan orang,sedekah wang ringgit,permudah urusan org. Nampak orang senyum... Senyum itu kan sedekah.
. Paling best nampak kucing tepi jalan kita bagi la makanan. . Nampak makcik2 minta sedekah..bagi singgit dua. . Beli nasik lemak halalkan ja balance nye. . Kalau awal pagi kita memudahkan kerja makhluk Allah... InshaAllah kerja kita Allah akan permudahkan juga, di sinilah permulaan kepada perniagaan yg baik, peniaga yg sayangkan Allah dan mahu menuju kejayaan dunia akhirat, dia mulakan hari utk mengejar Akhirat, dia tidak nampak dunia semata mata. . Jangan kita lupa Allah yg memberi rezeki, hebat mana marketing strategy kita , kalau Allah tak luluskan, kita tak ke mana. Jagalah Allah yg maha Agung..... #tipsfelinnanadea 8 Amalan Bersedekah Dari Pengasas Felinna Beauty
Thursday, October 22, 2015 @ 7:29 PM | 0 Comment [s]
Bagaimana kami suami isteri mengandakan wang kami dari RM100 kepada RM20 juta dalam masa kurang satu tahun?
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan sentiasa diingatkan bahawa rezeki setinggi mana pun bukanlah hak kita. Kita hanya menumpang rezeki Allah. Maka gunakanlah sebaik-baiknya dan kongsikanlah walau secebis ilmu yang kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar orang faham bahawa tidak susah untuk senang dan begitu senang untuk susah. (Semoga saya juga terhindar dari riak).
Jika status ini membawa kepada kebaikan, saya izinkan anda share sebaik-baiknya.
Kenapa ramai orang kata, bersedekah itu membawa beribu ganjaran?
Saya sendiri dulu bersedekah tetapi tidak memahami konsepnya. Sedekah selain melalui keikhlasan juga perlu ada keyakinan yang kuat bahawa wang kita sedang dilaburkan kepada bennda yang lebih baik.
Ramai orang rasa kena menjadi kaya dahulu barulah boleh bersedekah atau ayat cliche, 'aku pun cukup-cukup makan, macam mana nak sedekah?'.
Itu kesilapan! Pelajar yang pernah belajar dengan kami selalu diberitahu bahawa, kita nak minta apa-apa dari Allah, kita beri dulu. Tak ada banyak, beri sedikit.
Contoh yang kami pernah buat ialah:
1. Sebelum memulakan sesuatu perancangan, kita mesti risau dengan risiko. Jadi, walaupun kami tidak tahu jalan yang kami pilih itu berjaya atau sebaliknya, kami mulakan dengan kenduri dulu. Apa-apa jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar pisang goreng disedekahkan kepada jiran.
2. Kadang-kadang saya memang akan selamba saja mengambil semua duit sales butik dan sedekahkan secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yang duit itu saya laburkan untuk saham yang lebih besar. Biarlah sales hari itu mencapai puluhan ribu, ambil saja semua, tak nak fikir untung rugi dan terus sedekah.
3. Pergi ke kedai dan jangan ambil baki. Kadang-kadang baki itu mungkin hanya 20 sen tetapi mungkin kerana ikhlas bersedekah, baki berganda menjadi RM20,000.
4. Nampak peminta sedekah selalu terdetik 'Yang ini sindiket,'. Saya selalunya akan usaha dan kaji, tetapi kalau peminta sedekah itu menjual sesuatu, saya akan beli banyak-banyak dan balik, terfikirlah nak bagi siapa pula barang-barang itu.
5. Saya selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan. Contohnya ada orang datang cuci laman rumah. Selalu orang bayar cuma RM30.00, tetapi saya mungkin akan bagi lebih sebagai tanda sedekah.
6. Bantulah orang tanpa meminta apa-apa bayaran. Contoh yang saya selalu buat, orang memintasaya buat review Instagram dan Facebook mereka dan tanya harga, saya kata 'tak mahu'. Sama ada nak swap review atau saya muat naik percuma sahaja. Itu juga sedekah.
7. Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan jual apa-apa dan rasa macam nak beli tetapi tak tahu nak guna buat apa barang itu. Maka sedekah dengan cara share status mereka di wall Facebook kita. Manalah tahu kalau ada kawan-kawan kita nak beli barang mereka atau biarkan saja kawan-kawan nak tag bisnes walaupun bisnes yang sama. Anggap saja kita sedekah.
8. Sedekah doa untuk mereka yang menyakiti kita. Saya pun nampak saja kental, kadang-kadang makan hati juga dengan beberapa orang yang selalu mempertikaikan keikhlasan saya, penghijrahan saya dan apa-apa dakwah kecil yang saya lakukan. Nak melawan cakap dan beri penjelasan panjang lebar, dah tak larat. Jadi saya doa banyak-banyak.
Saya tak tahu nak membuktikan macam mana yang konsep ini semua boleh mempengaruhi perjalanan hidup saya. Yang pasti, Allah permudahkan dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda. Semua yang saya plan menjadi dan paling utama, kurang masalah peribadi.
Dari buat produk kecantikan Felinna Beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil Felinna dan Raffel sehingga ke bidang makanan kanak-kanak Caliph Sunnah Supplement, siapa-siapa yang mengikuti laman sosial saya mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan.
Saya percaya bukan sebab saya hebat, tetapi Allah tahu saya dan suami yakin dengan Dia. Maka Dia bagi kami tanggungjawab besar atas kejayaan hari ini.
Sedekah itu luas skop dia. Jadi kreatif dan yang penting, pagi ini saya mulakan dengan sedekah ilmu. Jadi anda semua pun, jom kongsikan ilmu bersama agar semua usahawan ingat, nak kaya dan berjaya bukan dengan marketing strategi semata-mata, projek pikat hati Allah juga kena hadam dan buat!.
Tetapi, ingat yang utama iaitu niat sedekah ikhlas kerana Allah.
Manusia tak boleh baca hati kita, tetapi Allah tahu.
Di masa akan datang saya akan jelaskan juga bahawa bersedekah juga perlu kena pada tempatnya. Silap bagi, jatuh haram dan kita pula yang menanggung dosa. Ada yang wajib dan ada yang tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau memberi comment. Fahami konsep sebenar sedekah sebab dalam Islam sendiri tidak galakkan penipuan atau syubhah untuk perkara yang kita tahu tak elok. - Felinna Nadea Ed Fattah
Nak jadi yg liar atau yg jinak?
@ 7:15 PM | 0 Comment [s]
Ra dapat ayat ni dari ustaz fathuri,Katanya hidup kita ni umpama nya seperti seekor ayam jinak n ayam liar.. Ayam liar dia mendapat banyak makanan setiap hari,tapi dia terpaksa bekerja keras ke hulu hilir mencari makanan,kadang2 balik dgn hampa. Tapi ayam jinak dia boleh makan dalam tangan tuannya atau bekas makanan dgn mudah. Manakala sepohon pokok yg hidup dalam pasu lebih mudah diangkat ,disiram, dijaga dari pokok yg tumbuhnya meliar. Sama ja konsepnya.. Seperti, jika anda seorang yg liar (ingkat perintah Allah) hidup anda mesti susah,nak cari makan susah, nak buat kerja susah, nak diberi kesenangan pon susah! Ujian dtg tanpa henti! Tapi kalau anda jinak, Allah dh janjikan. kesenangan dlm bentuk macam-macam, terasa senang je kan? Nak buat bisnes senang, nak jaga anak senang, hubungan dgn suami senang, semua macam di hujung jari gitu! So anda pilih lah nak jadi yg jinak atau yg liar! Nak jadi peniaga jangan cepat MELENTING, nah Tips!
@ 6:50 PM | 0 Comment [s]
Tips utama peniaga!Anda kena letakkan diri anda sebagai "public figure" walau pun likers anda tak banyak atau tadak org yg cakap dia minat kat anda tapi! Anda kena sentiasa berwaspada dengan setiap status yg ditulis. Cuba letakkan diri kita sendri, bila membaca status peniaga yg maki-maki pembeli, walau pembeli tu salah, diam dan hadam.. Belajar ja dari situ, tangani sorang2, tidak perlu kongsi dgn org. Kadang-kadang bila customer banyak tanya pon kita up status perli, customer marah pon kita up status, customer complain pon kita up status. Benda tu sebenarnya menjejaskan perniagaan, kita berniaga mesti nak semua org suka kita, kita kena ikhlas, anggap ja kesusahan atau pon kepeningan kita handle customer tu adalah asam garam dalam berniaga. Ini lah cabaran dia.. Kalau semua benda asik nak merungut nak mengata n mengutuk mmg susah kita nak BERJAYA! Kadang-kadang mungkin Allah nak hantaq kat kita beribu customer tapi sbb kita tak boleh handle sorang customer terus kita nya rezeki tersekat, agak-agak macamana org yg customer dia ribu-ribu org sehari, mesti selit juga yg bermasalah kan? Tapi dia buat dek ja, sbb apa? Sbb itu la lumrah! Kita sendiri tak suka seller kekwat! Kita jangan jadi kekwat..mmg banyak lagi customer kat luaq sana , dari melayan customer yg satu.. Tapi kalau satu kes pon dh tak terbendung, yakin ke yg beribu lagi customer kat luaq sana tu semua baik-baik belaka? Kakra baca nowadays banyak lagi seller yg sangat-sangat takda ethics, dia main hentam ja buat bisnes, bila bisnes down dia salahkan semua org.. Termasuk pembeli dia, kita kena ingat pembeli tu dihantar Allah, itu adalah rezeki kita harini, jika rezeki kita dtg dgn cara yg susah , kna syukur mungkin Allah nak bagi pengajaran di sebalik tu kan? takkan semua yg dtg kat kita senang aja... Maka nya, kaji semula diri kita lihat! Adakah kita diantara seller yg selalu melenting itu ! Bagaimana istiqomah?
@ 6:25 PM | 0 Comment [s]
Dalam perjalanan menuju ke jalan Allah, kakra lalui banyak perkara susah melebihi senang, ketika mula-mula bertekad utk hijrah. kakra selalu rasa tak mampu. Orang tanya, macamna istiqomah? kakra takda cara lain selain dari paksa diri utk berubah, bertahan di saat rasa malas dan lemah. Allah shj yg bantu kakra, lepas solat, minta satu doa aja (cth: ya Allah hari ni aku mohon pada mu agar kejutkan aku solat tahajud, aku tak kuat, aku lemah n leka.. Hanya engkau yg mampu membantu hamba mu ini) Doa dengan bersungguh. Allah.. Allah.. Setiap kali mohon pasti Allah bantu. Pernah sekali masa awal-awal bertudung, rasa nak buka semula. kakra rasa susah nya nak jadi baik , ujian dtg macam-macam. Syaitan yg ganggu pula bukan calang-calang , dah tahap general dah. Datang bisik-bisik . Rugi la Ra, badan dah kurus, muka dah makin cun, fesyen fesyen terkini makin banyak, duit pon dah ada. Buat apa bertutup? Cuba tgk kawan-kawan lain. Post gambar seksi-seksi kat fb je dapat beribu like. Kau hado? Huhu aku takdaa. Tup tup nafsu makan Ra bertambah-tambah, nah kau Allah bagi gemuk macam tong drum. kakra sedih sgt sgt, then terfikir jugak kakra pon pernah doa agar Allah kuatkan hati agar tak terikut dengan zaman. Dah gemuk malu la nak pesyen2 dah. Alhamdulillah mungkin tu cara Allah bantu kakra , sepanjang tempoh tu kakra belajar, belajar menyayangi aurat, belajar memahami kenapa Allah ni bagi kita wanita ni hebat sgt. Lepas tempoh belajar tu, sekarang kakra dah kurang dengan dunia sebelum ini. Gemuk balik pon rasa takmau dah nak pesyen-pesyen, Orang barat cakap 'LEARN TO LOVE YOUR SELF'. Ra tengok kawan-kawan dapat likes banyak pon tak terkesan dah, sebab bukan tu yg kakra nak dah. kakra cuma nak org dengar cerita-cerita kecil kakra , yakin utk kembali ke jalan Allah macam Ra. Betapa indahnya wanita kan? Tengok mata pon dah tergoda, tengok jari pon dah tergoda. "Wanita hiasan dunia" , hidup zaman teknologi ni, nak berdakwah kena banyak cara, kakra taknak kita hanya gunakan fb utk tunjuk kita cantik dan baik, nak kita buat dan praktikkan kecantikan serta kebaikan tu jugak . Kenapa aku tak tenang? Hidup banyak dugaan?
@ 6:06 PM | 0 Comment [s]
Allah tak sayang aku, aku asyik ditimpa masalah.Pernah dengar tak org cakap, kalau ditimpa masalah tu mungkin Allah rindu, dia nak kita jumpa dia, sujud dan ingatkan dia.. Jika kita degil dan teruskan juga buat tak endah, pernah tak rasa macam ujian masih tak henti henti, hidup tak tenteram dan rasa keseorangan, saat tu kita rasa macam dunia ni tak Adil! So many of us are fighting the same exact battle alongside you. We are all in this together. So no matter how embarrassed or pathetic you feel about your own situation, know that there are others out there experiencing the same emotions, cuma cara mereka handle masalah yg membezakan. Ada yg membunuh utk hilang rasa dendam, ada yg ke club malam utk buang rasa sedih , ada yg bercuti sakan bagi menghilangkan sunyi dalam diri. Berapa orang dari anda yg kembali ke tikar sembahyang? Sedangkan di situlah letaknya ketenangan.. Kesilapan kita sbb kita melihat sesuatu yg mudah itu jalan penyelesaian kepada masalah "rumit" kita sedangkan setiap jalan yg susah itu mestilah dipenuhi dengan hikmah yg baik, kita hanya perlu berkorban sedikit utk mendapat yg banyak, tapi kita taknak.. Kita lebih sanggup korban banyak perkara utk mendapat ketengan, contohnya korban wang ringgit, korban masa, korban tenaga, korban sebuah kehidupan . Sedangkan dengan solat sunat taubat 2 rakaat, anda tak perlu keluarkan wang, keluarkan tenaga dan masa yg banyak, malah kehidupan lebih terjamin. Malahan kita tak pening kepala utk mencari semula apa yg kita dah hilang. Bijakkah anda merencana kehidupan? Kenapa anda memilih yg susah dari yg senang? Sesungguhnya kita tergolong dalam golongan yg rugi. Tips berguna daripada pengasas Fellina Beauty
@ 5:55 PM | 0 Comment [s]
Salam . Kakfel minta maaf andai rasa seperti tak sokong jika nak setup bisnes sendiri dengan berhutang atau duit dalam akaun hanya cukup2 utk buat produk atau setup kedai.
.
Ramai pm tanya soalan yg sama utk buat bisnes tapi hutang.
.
Tapi kakfel dgn pengalaman kakfel dlm bisnes walau ni tak lah selama atau sehebat org lain.
.
Cuma dalam tempoh 8tahun kakfel dalam bisnes bermula dari sebelum kahwin, jual uptown ,jual ekspo,buka butik, buka event company, jual online dari bonet kereta sampai lah tahap kami sekarang,Kakfel dah lalui konsep perniagaan berbagai, buat loan tanpa ilmu, pusing modal beserta untung, kedai kena sita,produk tak laku, hilang punca dan pernah sampai di tahap stress yg meninggi kerana Bisnes lingkup.
.
Buat loan tanpa ilmu perniagaan itu adalah satu tindakan yg berisiko, Allah suka kita berniaga tapi Allah pon tak mau kita ambik sesuatu yg mmg sah2 berisiko. Business cara Allah selain yakin akan Allah, kena ada ilmu yg baik supaya tak tenggelam dgn kerugian dan membawa kepada masalah yg lebih teruk.
.
Berhutang, buat loan utk buka satu2 perniagaan bukanlah jalan yg baik, tak perlu ada produk sendiri, tak perlu ada kedai sendiri, cuba jual produk org lain dulu, cuba rasa sakit n pahit bisnes dulu. Kalau jual produk org boleh laku tanya diri, aku jual laku sbb produk tu mmg famos atau aku yg buat org nak beli walau produk tak fames.
. Buat bisnes ni, jangan nampak yg indah shj, kena kaji yg tak indah, so kita akan bersedia utk semua kemungkinan, kakfel sokong siapa nak berniaga, cuma tak sokong kalau mula berniaga terus nak start besar, walau pengalaman baru setahun jagung. .
Sebab kdg2 kita nampak semua org hebat ada kedai ada produk maka kita rasa kita nak jadi macam mereka. Tapi kita silap, sebab kita tak tau mereka pon bermula tanpa apa2. Bukan mereka mula terus ada produk sndiri dan ada kedai.
.
Belajar banyak pasal bisnes, fahami risiko, jauhi hutang utk permulaan, kalau betul2 yakin nak berniaga kerana Allah, maka cuba jual apa2 yg sedia ada dulu, kalau Allah kata rezeki , jual nasi putih kosong pon boleh menjadi laku.
.
Wallahualam. Kakfel nasihat sbb banyak org dtg kat kakfel, bila dh penuh hutang, bisnes lingkup. Kena nampak satu sudut, bukan semua berjaya utk buat brand sendri . RAMAI YG GAGAL. Kita nak berjaya bukan hanya perlu belajar dari mereka yg dah berjaya. PERLU BUAT KAJIAN MEREKA YG GAGAL JUGA. Belajar lah dar situ.
#tipsfelinnanadea Heart Wants What It Wants
Monday, October 5, 2015 @ 5:05 PM | 0 Comment [s]
You got me sippin' on something
I can't compare to nothing
I've ever known, I'm hoping
That after this fever I'll survive
I know I'm acting a bit crazy
Strung out, a little bit hazy
Hand over heart, I'm praying
That I'm gonna make it out alive
The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care
There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants
You got me scattered in pieces
Shining like stars and screaming
Lightening me up like Venus
But then you disappear and make me wait
And every second's like torture
Hell over trip, no more so
Finding a way to let go
Baby baby no I can't escape
The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care
There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants (x4)
This is a modern fairytale
No happy endings
No wind in our sails
But I can't imagine a life without
Breathless moments
Breaking me down down down
The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care
There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants (x4)
The heart wants what it wants baby
......................................................................................................................
Jika Ra mempunyai mesin masa, pasti ra akan memilih tarikh sebelum 1/5/2015. Kenapa? Kerana ra mahu bertemu dengan dia sebelum dia menyintai cinta pertamanya. Bila hati masih suci tanpa sebarang kekecewaan dan kedukaan, cinta yang diberikan akan sangat dihargai. Sekarang? *sigh*
Bukan ra tidak menghargai pertemuan itu, tetapi sepanjang perhubungan, kenapa ra yang sering menjadi mangsa? Perhubungan sebelum ini juga, ra sering ditinggal. Hanya dicari seminggu sekali dan bila diperlukan. Sekarang juga hampir meyerupai situasi sebelum ini. Kerana yakin dia akan berubah, ra masih bertahan. Sikapnya yang endah tak endah, perlakuannya, segalanya. Disaat kerinduan, suara rakaman dan mesej-mesej lamanya sahaja yang akan menjadi pengubat kerinduan ra. Jika tidak tertahan, kepada Allah SWT sahaja tempat ra mengadu, menangis dan bercerita. Pernah setiap malam ra tidur dengan mengalir air mata, menanti deringan telefon ra berbunyi. Entah lah, kenapa sukar untuk dia faham. Mungkin kerana cintanya terbahagi kepada dua menyebabkan dia tidak kisah dengan apa yang terjadi.
Semoga Allah menguatkan hati dan semangat ra untuk terus bertahan atau melangkah membawa diri.
TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA
Tuesday, September 29, 2015 @ 8:44 PM | 0 Comment [s]
Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :
. 1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat. . 2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu. . 3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian. . 4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu. . 5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je. . 6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang. . 7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum. . 8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu. . 9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan. . 10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
. Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima? SOLAT DHUHA
@ 8:44 PM | 0 Comment [s]
SOLAT DHUHA.. Skrg masa yg sesuai. Jom!
. Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. . Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
|
Catatan Seorang Muslimah
Navigations! FACEBOOK TWITTER FOLLOW INSTAGRAM نور شهيرا
|